Wau: Layang-layang Melayu

1
4.668 views
Memainkan Wau Bulan. (foto: pinterest.com)

Kuambil buluh sebatang
Kupotong sama panjang
Kuraut dan kutimbang dengan benang
Kujadikan layang layang

ALAM kanak-kanak Melayu juga erat dengan layang-layang. Pada umumnya bentuknya sama: empat persegi seperti belah ketupat. Yang membedakan hanyalah kepada besar-kecilnya dan warnanya. Kecuali wau atau juga disebut layang-layang wau.

Ada beragam jenis wau yang sampai kini masih lestari dimainkan.

1. Wau Bulan

Wau Bulan

Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling populer. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bagian hadapan dan separuh bulatan pada bagian ekornya. Wau bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya.

2. Wau Kucing

Wau Kucing

Wau Kucing merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Semenanjung Melayu. Disebut sedemikian karena bentuknya yang menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Pada kebiasaannya, wau Kucing akan dipasang dengan dengung atau busur pada bahagian atasnya. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau kucing akan mengeluarkan bunyi nyaring seperti kucing. Ia dipercayai berfungsi untuk menakutkan roh jahat dan meramalkan keadaan cuaca pada keesokan harinya. Motif ukiran sobek yang digunakan pada wau ini ialah motif bunga dan tumbuh-tumbuhan dan cara hiasannya adalah sama seperti wau bulan.

3. Wau Jala Budi

Wau Jala Budi

Wau Jala Budi cukup populer di Kedah, Malaysia. Disebut sedemikian karena bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari kerangka ekor wau jala budi. Pada kebiasaannya, wau jala budi akan dipasang dengan dengung atau busur pada bahagian atasnya. Wau jala budi ini juga memiliki persamaan dengan ‘layang-layang Chula’ dari Thailand.

4. Wau Merak

Wau Merak

Wau Merak cukup populer di kalangan etnis Bugis di tanah Melayu. Dikenal juga sebagai Layang-Layang Kipasdan dipercayai berasal dari Sulawesi. Reka bentuknya bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada ukuran tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau elang. Keistimewaan Wau Merak ialah pada busurnya yang boleh memainkan tujuh jenis irama atau bunyi bunyian. Pada asalnya, ia dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang baik. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau Merak pula adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

5. Wau Dodo Helang

Wau Dodo Helang

Wau Dodo Helang cukup masyhur di Terengganu, Malaysia. Ia tergolong dalam kategori wau burung. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau helang, kecuali hiasan pada dada layang-layang yang berbeda. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau dodo helang adalah motif bunga dan kelarai yang menggunakan teknik sobek.

6. Wau Kangkang

Wau Kangkang

Wau Kangkang populer di Kelantan, Malaysia. Bentuknya menyerupai wau jala budi tetapi memiliki corak ekor yang bercabang.

7. Wau Seri Bulan

Wau Seri Bulan

Wau seri bulan mempunyai sedikit persamaan dengan Wau bulan yang dimainkan di Kelantan.

8. Wau Seri Negeri

Wau Seri Negeri

Wau seri negeri merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau seri negeri dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau seri negeri pula adalah motif tumbuhan menjalar lada hitam dan gambir.

9. Wau Puyuh

Wau Puyuh

Wau puyuh menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki corak ekor yang lebih melengkung.

*

Sumber: di sini

1 KOMENTAR

Tinggalkan Balasan