Warna dalam Bahasa Melayu ternyata lebih Luas

0
244 views
Berapa banyak nama varian warna dalam bahasa melayu ? Tentu banyak yang akan terkejut apabila dikemukakan bahwa ada 26 varian warna merah dalam bahasa melayu, kemudian 15 varian warna hitam, 14 varian warna kuning, 12 jenis warna putih dan11 varian warna biru. Hal ini bukti dari rangginya tamadun melayu, jika dari segi warna saja memiliki kepekaan dan kehalusan luar biasa.
Dr. Mohd. Faizal, seorang Pengkaji dunia melayu akan membahas semua hal tersebut dalam artikel ini, sebagaimana Dikutip dari laman Berita Media Corp Singapura.

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/commentary/komentar-konsep-warna-masyarakat-melayu-lebih-luas-daripada/4092974.html

Ada dugaan kalau orang Melayu hanya mengenal empat jenis warna saja: hitam, putih, merah dan hijau. Sementara warna biru, mungkin ialah suatu istilah yang baru.

Menurut Professor Asmah Haji Omar dalam buku “Bahasa Malaysia Saintifik”(2005), untuk menggambarkan warna biru, orang melayu cenderung menggolongkannya dalam warna hijau seperi hijau langit, hijau laut, hijau telur itik, hijau daun, dan hijau pucuk pisang.

Sementara warna merah dibagi menjadi warna emas merah, merah padi, dan merah matahari.

Namun demikian, Prof. Asmah menekankan bahwa orang melayu juga mengenal warna kuning dan kelabu. Sementara warna ungu, jingga, dan coklat baru dikenali orang melayu setelah diperkenalkan oleh masyarakat luar

Berasal dari Sansakerta

Warna yang berasal dari bahasa Sansekerta, Varna memiliki pengertian yang sama pada penampilan, luaran, dan bentuk. Istilah lain untuk warna bagi orang melayu adalah ragi.

Meskipun pada dasarnya rekognisi warna orang melayu terbatas, konsep warna orang melayu tetaplah luas, terutama apabila merujuk pada flora-fauna yang dapat dicirikan oleh warna-warni tertentu

Tesis sarjana Nurizzati Ismail di Universti Sains Malaysia, dengan judul ‘Peranan Warna Dalam Budaya Tradisional Melayu Dengan Rujukan Kepada Sulalat Al Salatin’ menyatakan warna sebagai contoh dapat dihubung-kait dengan warna biji rembia, warna bunga keduduk, warna biji asam, atau warna kulit manggis.

Demikian kita mendengar orang mengatakan baju kurung itu berwarna hijau lumut, atau hijau tahi lembu, ataupun kelubungnya berwarna kulit manggis.

Paling Menonjol

Penampilan warna yang paling menonjol untuk orang Melayu dapat ditemukan pada pakaian. Sebagai contoh dalam menjelaskan gambaran pakaian Hang Tuah seperti terlihat dalam Hikayat Hang Tuah.

Ia menyebut pakaian Hang Tuah sebagai: ‘Maka Laksamana pun memakai berserual kuning berkain kesumba murup diantelas, bertepi benirat, berikat pinggang cindai natar kuning, berbaju hijau digangsa, berdestar warna pelangi’.

Warna pada pakaian Hang Tuah tersebut ialah kuning, kesumba dan hijau. Kain ‘kesumba murup diantelas’ panglima Melayu itu ialah warna dari buah kesumba yang memiliki warna merah tua.

Sementara diantelas ialah sejenis kain. Destar warna pelangi merujuk kepada kepelbagaian warna. Tujuh warna asas yang disebutkan oleh Prof Asmah Omar di awal diperincikan kepada pelbagai pecahan warna lain.

7 Warna Generik Melayu

Tujuh warna generik orang Melayu dirincikan lebih lanjut oleh Che Husna Azhari dalam makalah beliau yang bertajuk ‘Teknologi Warna Alam Melayu’.

Terdapat 12 jenis putih iaitu putih bersih, putih umbut, putih lesu, putih langsat, putih pucat, putih kuning, putih luih, putih puaka, putih melepak, putih abu, putih metah, dan putih awan.

Sementara terdapat 14 jenis kuning iaitu kuning raja, kuning air, kuning tua, kuning muda, kuning daun, kuning tanah liat, kuning bunga ketola, kuning lemak ketam, kuning mihir, kuning gadin, kuning pinang masak, kuning kunyit, serta jingga dan perang yang turut disandarkan kepada kuning.

26 Jenis Warna Merah

Warna merah pula terbagi atas 26 jenis iaitu: merah tua, merah muda, merah darah, merah darah ikan, merah hati, merah kesumba, kesumba muruk, merah jambu atau merah bunga, pulut-pulut, merah lebam, merah malar, merah muruk, merah merang, merah marah, merah menjahang, merah menyala, merah padam, merah dadu, merah lembayung, merah pulasan, merah bunga raya, merah bunga cempaka, merah Melayu, merah telur, merah mawar atau kembang petang dan mengseta atau turut dikenali sebagai merah maggis.

Warna ungu yang dikatakan baru dikenal itu pula dibagi menjadi empat jenis yaitu ungu biji kundang, ungu butir setar, ungu lembayung dan ungu manis.

Hijau Warna Utama Melayu

Warna hijau yang merupakan warna utama orang Melayu terbagi kepada 10 jenis hijau yaitu; hijau tua, hijau muda, hijau daun, hijau serindit, hijau pucuk pisang, hijau cekur manis, hijau terusi, hijau kepala itik, hijau laut, dan hijau batu zamrud.

Terdapat tiga jenis kelabu iaitu kelabu asap, kelabu tahi anjing, dan kelabu asap api.

Sedangkan Hitam pula dibagi atas 15 jenis hitam; hitam birat, hitam kelawar, hitam legam, hitam jebak, hitam jengat, hitam lengit, hitam lotong, hitam kumbang, hitam usam, hitam berkilat, hitam tampuk manggis, hitam manis, hitam pekat, hitam kerak dodol, dan hitam arang.

11 Pecahan Biru

Apabila hijau dan biru dipisahkan dan diperhalusi, terdapat 11 pecahan biru yang dikenal oleh orang Melayu yaitu; biru raja, biru air laut, biru langit, biru nilam, biru nilakandi, biru manis, biru laut, biru lebam, biru muda, biru senin dan biru senam.

Dalam pada itu, orang Melayu Kelantan mempunyai pengkelasan warna yang tersendiri menurut pemerhatian mereka terhadap warna kulit lembu dan kerbau laga.

C.C Brown dalam ‘Kelantan Bull-Fighting’, sebuah penerbitan seal 1928 yang merekam budaya laga lembu di Kelantan dan Patani turut mencatat jenis-jenis warna yang digunakan orang Melayu dalam menggambarkan kulit lembu yang bermutu.

Hal yang sama turut menarik perhatian Anker Rentse dalam ‘Kelantan Names for Bullocks According to Their Color’ yang terbit pada tahun 1931.

13 jenis warna pada Kelantan Bull-Fighting yang disebutkan di atas adalah; warna jebat iaitu hitam;

– warna kumbang yang bermaksud hitam pekat; warna laka atau hitam perang;

– warna tal yakni hitam keperangan dan kelabu;

– warna tampung iaitu hitam dengan banyak tompok putih;

– warna arau yakni hitam dengan sedikit tompok putih;

– warna kelembak atau kelabu; warna lasat sepertinya buah langsat;

– warna kijang yang kemerahan; warna lipan tanah yang mana merah dengan hitam yang banyak;

– warna kubing yang mana merah dengan hitam yang sedikit;

– warna sela pula adalah warna merah pekat, dan

– warna kabul yang bermakna kelabu dengan perang.

Kepekaan Yang Luar Biasa

Lebih lanjut terdapat warna kerubeng belacan iaitu merah kekuningan; lasat besi yakni merah kekuningan, warna jebat kelawar iaitu hitam berminyak, warna laka tilang yang mana merahnya berkelabu kekuningan dan warna tampon bertuah yang menggambarkan manca atau panca warna atau beraneka ragam warna.

Tidak dapat diketahui bagaimanakah rupanya warna yang disebutkan dalam pemerian dan perincian di atas kerana dokumentasi yang lemah.

Namun demikian, cukup memadai apabila dikatakan bahwa orang Melayu mempunyai kesadaran dan kepekaan yang luar biasa kepada alam sekitar sehingga mereka dapat membedakan pelbagai jenis warna dengan cukup halus.

Perincian yang sangat teliti pada warna-warna ini juga menunjukkan betapa orang Melayu adalah bangsa yang berbudaya tinggi, memiliki Seni yang tinggi dan tekun dalam memahami alam sekitar.

Cukup untuk kita merasa bangga bahwa bangsa Melayu bukanlah bangsa yang rendah dari segi ilmu dan jika melihat dari perspektif warna dengan ilmu pengetahuan, ia juga menjadi petunjuk Melayu adalah bangsa dengan peradaban tinggi dan berkemajuan.

Tentang Penulis

Dr Mohd Faizal Musa. (Gambar: BERITAMediacorp)

Dr. Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali dengan nama pena Faisal Tehrani, berusia 42 tahun, ialah seorang pengkaji, pemikir, novelis terkenal dan pejuang hak asasi manusia dari Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai zamil penyelidik (Peneliti) di Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tinggalkan Balasan