KUANTAN: Seperangkat gamelan berusia 208 tahun yang akan digunakan bagi mengiringi dan menyerikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tarikh 30 Juli 2019 miladiah ini memiliki sisi lain yang menarik untuk diketahui khalayak.
Hal ini karena Instrumen Musik yang dikenali sebagai seni musik istana itu bukan saja mencatat sejarah sebagai perangkat instrumen musik pertama yang dibawa masuk ke Tanah Melayu (Malaysia), perangkat instrumen musik ini cukup signifikan bagi institusi diraja Pahang.
Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farid Abd Jalal, berkata bahwa perangkat instrumen gamelan itu dibawa masuk ke Pahang dari istana kesultanan Riau-Lingga, Pulau Penyengat, Riau pada 1811 dan ditampilkan kali pertama untuk khalayak ramai di Pekan, Pahang.
“Instrumen musik berkenaan dibawa masuk ke Pahang oleh sekumpulan penari dan pemusik bagi menyerikan majlis perkahwinan adinda kepada pemerintah Pahang Bendahara Tun Ali, iaitu Wan Esah dengan Tengku Hussain, yang juga putera sulung kepada Sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III,” katanya sebagaimana dikutip dari laman bharian.com.my
Seni musik gamelan ini kemudian berkembang di Istana Pahang ketika pemerintahan Sultan Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah melalui Tengku Ampuan Wan Fatimah dan isteri kedua baginda, Che Zubedah, serta dikenali sebagai joget Pahang.
Ahmad Farid berkata, set instrumen gamelan itu kemudian merantau ke Terengganu pada 1915 apabila Che Zubedah berhijrah ke negeri itu setahun selepas kemangkatan Sultan Ahmad untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam yang berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (putera Sultan Zainal Abidin III).
Ketika Perang Dunia Kedua meletus pada 1941 disusuli kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942, seni musik gamelan mengalami masa suramnya dan instrumen musik istana ini hanya tersimpan rapi di Istana Kolam yang juga kediaman Tengku Ampuan Mariam.
“Set gamelan ini kembali ke Pahang pada 1973 dengan keizinan Tengku Ampuan Mariam sebelum diserahkan kepada kami di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan untuk disimpan dan ada masanya dikeluarkan bagi persembahan. Kami berasakan amat sesuai set gamelan ini digunakan pada istiadat pertabalan Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong kerana sejarah dan asal usulnya yang begitu berkait dengan negeri ini,” katanya.
Set alat muzik gamelan Melayu iini terdiri keromong atau bonang, gambang, gendang, saron demung, saron barung, kenong dan gong suwukan serta gong agung dan lazimnya hanya memerlukan lima atau tujuh orang untuk dapat dimainkan.
Mengenai lagu yang dimainkan untuk istiadat pertabalan, Ahmad Farid berkata, lazimnya dimulakan dengan lagu Perang, sebelum diikuti seleksi lagu lain mengikut pilihan pemusik, seperti Raja Berangkat, Timang Burung, Togok, Raja Berperang, Kendong Gajah Mati, Lantai Lima, Selantin, Puteri Bongsu dan Lambang Sari.
Pemain instrumen bonang kumpulan gamelan itu, Aminallah Ali, 67, yang juga ‘ketua’ persembahan mengatakan pemilihan lagu yang dimainkan perlu disesuaikan dengan rentak perjalanan majelis.
Pemegang instrumen gambang, Muhammad Zahari, 57, mengakui bahwa peluang mempersembahkan keunikan seni muzik Melayu kepada masyarakat antara-bangsa melalui istiadat pertabalan itu menjadi kenangan manis dan ‘pengiktirafan’ kepadanya yang sudah 32 tahun ‘bermain’ gamelan.
Beliau yang masih berkhidmat di Muzium Sultan Abu Bakar berkata, istiadat pertabalan menjadi peluang kedua untuk mereka ‘beraksi’ di Istana Negara selepas kali pertama diminta bermain gamelan pada lawatan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan isteri, Kim Jung-sook pada Maret silam
“Walaupun sudah boleh dianggap senior dalam seni gamelan, kami masih lagi melakukan latihan saat akhir dan berbincang mengenai pemilihan lagu serta rentak supaya persembahan dibuat memuaskan hati, bukan hanya kepada yang mendengar tetapi juga pada kami.
“Walaupun sering bermain pada majlis istana, tetapi kali ini perasaan itu berbeda kerana secara tak langsung kami menjadi sebahagian daripada sejarah negara untuk istiadat pertabalan ketua negara,” katanya. – BERNAMA
Dikutip dan disunting dari bharian.com.my
sile semak berita berkenaan pada tautan video berikut
https://youtu.be/UHNnxQ11pd0
Sejarah asal muasal gamelan berbeda dengan yang pernah saya tulis. Pernah berbual dengan Bang Aswandi, Gamelan Melayu memang tidak pernah ada di Pulau Penyengat. Dari Daik. Ketika sultan Muhammad melantim putra Mahkotanya Sultan Mahumd IV yang pak Rida tulis sebagai. mahmud Sang Pembangkang kelak.
Soal perbedaan sumber boleh dan biasa saja terjadi. Hanya peran Jantungmelayu.com perlu juga diperjelas untuk menjernihkan sejarah atau sebaliknya. Hanya 9 tahun pusat Kesultanan Riau Lingga di Pulau Penyengat. Bagaimana mungkin semua perkembangan kebudayaan bisa berlangsung disana. Kerancuan sejarah akan menjadi perdebatan anak cucu kelak jika orang-orang hari ini tetap berkutat pada kebenaran sendiri. Buku sejarah Pahang sudah mencatat tahun 80 an soal sejarah ini. Wallahualam…